TVET lonjakkan industri kulinari, tawar peluang kerjaya yang luas

IPOH – Bidang kulinari antara yang mempunyai peluang kerjaya sangat luas kerana ia bukan sekadar memasak di hotel, tetapi merangkumi pelbagai cabang lain termasuk kesihatan, halal dan pasaran antarabangsa.

Antara peluang kerjaya yang tersedia dalam bidang kulinari termasuklah sebagai cef eksekutif, cef korporat dan peribadi, penyelidikan makanan dan minuman serta usahawan makanan dan minuman.

Program seni kulinari juga kini ditawarkan di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sekitar Perak sekali gus membuka peluang kepada pelajar untuk mendalami kemahiran dalam bidang tersebut.

Ahli Pertubuhan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA), Cef Rashidi Othman berkata, TVET adalah platform terbaik bagi pelajar yang baru berjinak-jinak dengan bidang kulinari.

“Untuk TVET, kulinari adalah bidang yang bagus bagi pelajar-pelajar yang baru hendak bertapak sebagai satu langkah untuk memulakan kejayaan dalam bidang tersebut.

“Bagi saya, TVET sentiasa memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mereka bercampur atau bergaul dengan orang-orang yang berada dalam industri kulinari.

TVET lonjakkan industri kulinari, tawar peluang kerjaya yang luas
Ahli Pertubuhan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA), Cef Rashidi Othman ketika memberi penerangan kepada pengunjung pada Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 SEPTEMBER 2025.

“Secara tidak langsung, mereka boleh berjumpa, bertanya secara langsung dan mungkin boleh berkongsi pengalaman kerana kadang-kadang mereka tidak tahu mereka minat dalam bidang kulinari sampai ke tahap mana,” katanya yang masih berkhidmat sebagai pegawai polis.

Beliau berkata demikian selepas selesai menyampaikan perkongsian berhubung bidang kulinari pada Jelajah AIM TVET bersama Cikgu Saarani sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di Stadium Indera Mulia, di sini.

Katanya, perkembangan industri kulinari kini lebih luas apabila semakin banyak rancangan masakan di televisyen yang memberi pendedahan serta mampu meningkatkan minat anak muda.

“Sebenarnya bidang kulinari bukan masak di hotel semata-mata. Banyak lagi cabang berkaitan, dari segi kesihatan, halal dan ia mampu membawa negara ke pasaran dunia hanya daripada makanan sahaja.

“Selain itu, saya lihat bidang kulinari pada zaman sekarang dan dahulu amat berbeza. Dulu mungkin kurang pendedahan.

“Tapi sekarang apabila banyaknya rancangan-rancangan di televisyen yang menunjukkan bagaimana bidang kulinari boleh berkembang dan teknik-teknik masakan ia boleh menjana pendapatan yang lumayan.

“Jadi minat itu menjadi salah satu cita-cita daripada kalangan pelajar untuk mereka cari, capai di masa akan datang,“ ujarnya.

TVET lonjakkan industri kulinari, tawar peluang kerjaya yang luas
Ahli Pertubuhan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA), Cef Rashidi Othman ketika temubual bersama MG Perak sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 SEPTEMBER 2025.

Dalam pada itu, Rashidi berkata, pada masa kini, banyak institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan kursus berkaitan kulinari dan pelajar mempunyai hala tuju lebih jelas serta berpeluang menyumbang idea segar untuk memperkembangkan industri.

“Bagi siapa yang ingin bermula dalam bidang kulinari, ia bukan satu langkah yang mudah tetapi tak mustahil untuk kita capai.

“Langkah yang paling pertama sekali, kita ada niat untuk belajar dalam bidang kulinari dan mempunyai minat mendalam. Itu sudah cukup dan kita hanya perlu ikut saja naluri.

“Kita belajar apa yang ada dan diperlukan dalam industri ini, jadi peluang itu sentiasa akan ada bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara kerana ia bersifat universal.

“Semua orang akan makan, semua orang akan minum setiap hari. Justeru, industri ini tidak akan lenyap dan akan terus berkembang dari semasa ke semasa,“ jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

TVET jadi pilihan anak muda, fesyen antara bidang tarikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI