Anwar jangan layan Trump berlebihan – Puad

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak wajar memberi layanan berlebihan kepada Donald Trump, sebaliknya kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) berkenaan ke negara ini perlu dilayan sama seperti pemimpin negara lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jangan kerana kehadiran Trump, aliran trafik ditutup selama beberapa jam sehingga menyebabkan urusan rakyat tergendala.

Sebaliknya, tambah beliau, Trump memadai diiringi seperti polis trafik mengiringi kenderaan rasmi Perdana Menteri dan Menteri-menteri lain, tanpa perlu penutupan jalan.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan konsep Super Power dan Make America Great Again sudah lapuk.

Ujarnya, Super power AS ialah senjata nuklear dan kuasa veto sesuka hati, tetapi Super power China ialah ilmu, modenisasi dan teknologi tinggi.

“Trumph sendiri tidak menghormati Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

“Dia dihalang melintas jalan di New York untuk beri laluan konvoi Trumph yang guna laluan sama.

“Trumph marah kerana ucapan Macron di PBB membela Palestin. Itulah super power angkuh.

“Tetapi Macron lebih bijak. Sambil berjalan kaki dia menegur rakyat dan memeluk mereka.

“Menurut Macron, “kuasa rakyat lebih besar dari kuasa Trumph. Dia dimalukan oleh Macron,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Trump telah mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan.

Anwar dijadual menyampaikan jemputan rasmi kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI