Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh anggota polis dengan melanggar kenderaan mereka yang tular di media sosial di Behrang pada Sabtu lalu.
Tertuduh, Mohd Ameerul Asraf Mohd Saipul, 35, mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan kertas pertuduhan di hadapan Hakim, Norhamizah Shaifuddin.
Bapa kepada lima anak itu dilihat menangis ketika tiba di mahkamah dan ditenangkan isterinya sebelum prosiding bermula. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #pdrm #langgarkenderaanpolis