Warga emas hilang selepas upacara sembahyang ditemukan lemas

LUMUT – Lelaki warga emas yang hilang selepas didakwa masuk ke dalam laut sejurus melakukan upacara sembahyang di tepi Pantai Teluk Batik, dekat sini, pagi tadi ditemukan lemas.

Mangsa, V Thanabalan, 60, ditemui terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan hilang berhampiran Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pasukan dron dikerahkan ke lokasi bagi membantu operasi pencarian sekitar jam 3.50 petang.

“Ketua operasi memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan objek terapung di perairan sekitar Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor yang dianggarkan tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Susulan itu, dua buah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) segera digerakkan ke lokasi bagi melakukan pengecaman.

“Pada jam 5.15 petang, pasukan penyelamat mengesahkan penemuan mangsa yang di kawasan berkenaan,“ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa menaiki bot BBP Seri Manjung ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Teluk Batik dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan mangsa bersama ahli keluarganya sedang bercuti dan melakukan upacara sembahyang di tepi pantai sebelum warga emas itu masuk ke dalam laut dan hilang daripada pandangan.

Operasi pencarian dilakukan menggunakan tiga buah bot melibatkan BBP Seri Manjung, Pulau Pangkor serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan tumpuan di sekitar satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Selain itu, pencarian turut dibuat di kawasan pesisir pantai dan kawasan berbatu terutama ketika air surut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas hilang selepas upacara sembahyang di Pantai Teluk Batik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI