IPOH – Malaysia Gazette (MG) Perak menerima pengiktirafan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pendukung Seni Negeri kategori Media sempena penganjuran Anugerah Seni Negeri (ASN) Perak 2025.
Editor MG Perak, Mohamad Hafizi Mohd Said berkata, penghargaan itu dianggap sebagai suntikan semangat buat MG Perak yang baru beroperasi di negeri ini kurang daripada dua tahun.
Menurutnya, anugerah itu sekaligus menegaskan komitmen MG Perak untuk terus memainkan peranan sebagai rakan media dalam memperkukuhkan penyebaran berita berkaitan seni, budaya dan warisan di negeri ini. – MGPerak