Suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di rumah

IPOH – Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di rumah teres dua tingkat milik mereka di Desa Lang Indah, di sini, pada pagi Rabu.

Mangsa, Ooi Kock Hooi dan Wong Pow Choo masing-masing berusia 78 tahun ditemui dalam bilik di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika anggota tiba di lokasi kejadian, pintu hadapan didapati tidak berkunci dan pintu pagar rumah tidak tertutup rapat.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang foul play dan kesan pergelutan mahupun pecah masuk rumah yang boleh dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, cucu perempuan mangsa yang tinggal bersama mereka kali terakhir pulang ke rumah tersebut pada 24 September lalu serta mendapati pasangan tersebut berada dalam keadaan baik dan sihat.

Katanya, mangsa lelaki tiada masalah kesihatan dan menjaga isterinya yang mengidap penyakit Parkinson sejak lima tahun lalu,” ujarnya.

Abang Zainal Abidin berkata, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Trak tentera terlibat kemalangan, seorang maut enam cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI