PM seru sambut Deepavali dengan perpaduan, teguh semangat kekitaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat menggunakan kesempatan pada sambutan Hari Deepavali hari ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan, dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

Dalam masa sama, , Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

“Deepavali tiba dengan penuh keceriaan, membawa bersama semangat Pesta Cahaya, lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan, serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan.

“Sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, marilah kita terus memupuk semangat saling menghormati dan memperkukuh persefahaman antara satu sama lain.

“Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu.

“Deepavali Nal Vazhtugal!!” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI