Makmal R&D Zantat melengkapi industri mineral Perak

IPOH – Pembangunan Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Zantat Sdn Bhd, ‘Zantat Poly+Cal Innovation Lab’ di Simpang Pulai, dekat sini, disifatkan sebagai pelaburan strategik kepada pembangunan industri mineral di negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia akan menjadi pelengkap kepada ekosistem industri berkenaan selepas kewujudan makmal analisis mineral pertama negara, Terra Mineral Lab yang terletak tidak jauh dari makmal R&D berkenaan.

Katanya, Terra Mineral Lab berfungsi sebagai memberi tumpuan kepada penyelidikan dan persijilan sumber mineral, sementara makmal Zantat Poly+Cal Innovation berperanan di peringkat hiliran melalui pembangunan bahan berasaskan kepada teknologi hijau.

makmal R&D Zantat Perak Ivan Zantat Poly+Cal Innovation Lab, industri mineral Perak, Saarani Mohamad, Terra Mineral Lab, NR-REE Perak, inovasi hijau Perak, pelaburan R&D Perak, teknologi hijau Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Majlis Pelancaran Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Zantat Poly+Cal Innovation Lab di Makmal Zantat Sdn Bhd di Kawasan Industri Batu Kapur, Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OKTOBER 2025.

“Makmal yang dibangunkan oleh Zantat Holdings Berhad ini berperanan sebagai pusat penyelidikan berteknologi tinggi yang menghubungkan dunia akademik dengan industri.

“Ia bagi memacu pembangunan bahan baharu berasaskan kalsium karbonat dan juga produk mesra alam, serta mencerminkan keupayaan syarikat tempatan untuk berinovasi dan bersaing di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Makmal R&D Zantat Poly+Cal Innovation Lab di Kawasan Industri Batu Kapur, Keramat Pulai, Simpang Pulai, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Zantat Holdings Berhad, Ivan Chan.

makmal R&D Zantat Perak Ivan Zantat Poly+Cal Innovation Lab, industri mineral Perak, Saarani Mohamad, Terra Mineral Lab, NR-REE Perak, inovasi hijau Perak, pelaburan R&D Perak, teknologi hijau Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Zantat Poly+Cal Innovation Lab di Makmal Zantat Sdn Bhd di Kawasan Industri Batu Kapur, Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OKTOBER 2025.

Tambah Saarani, penubuhan makmal R&D itu juga turut menyokong agenda Perak Sejahtera 2030 yang memberi penumpuan kepada pembangunan ekonomi berasaskan ilmu, teknologi, dan juga inovasi hijau.

“Terra Mineral Lab adalah makmal untuk menganalisis dan mengesahkan kandungan mineral, terutamanya unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

“Sementara Zantat Poly+Cal Innovation Lab pula menghasilkan beg plastik kompos daripada bahan mineral yang memberi kebaikan kepada alam sekitar.

“Ini yang saya maksudkan bahawa kedua-dua makmal berkenaan bukan bersaing, sebaliknya ia saling lengkap-melengkapi,” jelas beliau.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Zantat Poly+Cal Innovation Lab di Makmal Zantat Sdn Bhd di Kawasan Industri Batu Kapur, Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OKTOBER 2025.

Saarani bagaimanapun memberi jaminan bahawa segala proses mengakstrak bahan mineral yang dijalankan di negeri ini tidak menjejaskan alam sekitar di samping sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Seperti aktiviti mengekstrak NR-REE, ia dijalankan dengan menggunakan kaedah mesra alam iaitu larut resap in situ atau ‘in-situ leaching’ (ISL) yang lebih mesra alam sekitar.

“Dan ketika ini kita sedang mengkaji untuk menggunakan kaedah lestari lain iaitu kaedah teknologi nano,” jelas beliau.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melawat Makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Zantat Poly+Cal Innovation Lab di Makmal Zantat Sdn Bhd di Kawasan Industri Batu Kapur, Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OKTOBER 2025.

Terdahulu ketika berucap pada majlis perasmian, Ivan berkata, Zantat Poly+Cal Innovation Lab yang dibangunkan dengan nilai RM8 juta itu merupakan hab kreatif bagi penyelidikan, ujian dan kolaborasi berkaitan bahan polimer serta kalsium karbonat.

Kata beliau, makmal berkenaan membolehkan mereka menjalankan aktiviti R&D polimer–kalsium karbonat secara lebih mendalam bagi penghasilan produk yang berasaskan kepada kelestarian alam.

“Antara produk yang sedang dibangunkan termasuk sebatian filem pembungkus kompos, sebatian filem sungkupan kompos, dan sebatian terurai di laut.

“Selain itu kami, turut memperkukuh komitmen terhadap kelestarian melalui jenama ‘Earthya’ iaitu beg sampah kompos.

“Inovasi ini dijangka membantu pengeluar tempatan mematuhi piawaian kemampanan global serta mengurangkan pencemaran mikroplastik,” jelas beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak lawat makmal analisis mineral pertama Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI