Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Khamis.

Mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak diikuti alunan bacaan ayat suci al-Quran disusuli bacaan doa.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 27 anugerah kecemerlangan membabitkan 93 penerima.

Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2025 di Pusat Konvensyen Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 OKTOBER 2025.

Anugerah Tokoh Guru Perak 2025 disampaikan kepada bekas Pengetua Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah, Ahmad Tazally Mohamad Zain, 61.

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Malaysia berjaya meletakkan sekolahnya dalam kelompok 10 sekolah terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 peringkat negeri Perak.

Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak
Alunan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 OKTOBER 2025.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Hafiz Muda kepada 24 penerima serta Anugerah Jasamu Dikenang kepada penerima lelaki dan wanita.

Baginda juga turut berkenan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kepada pelajar terbaik SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024.

Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid berbentuk selawat daripada Tahfiz Darul Ridzuan Tambun. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM3.96 juta dana bantuan makanan percuma TCS untuk 27,432 pelajar

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI