Guna logo halal tidak sah pada produk kacang, kilang makanan diserbu

KUALA KANGSAR – Sebuah kilang memproses makanan di Sungai Siput di sini, diserbu semalam selepas disyaki menggunakan logo halal pada produk kacang keluarannya tanpa kebenaran pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan sekitar jam 11 pagi itu dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Kuala Kangsar dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menurutnya, hasil serbuan mendapati, kilang makanan tersebut menggunakan logo halal pada bungkusan produk kacang keluarannya.

“Produk makanan ini juga dipercayai adalah untuk edaran jualan di seluruh semenanjung Malaysia terutama di Perak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, pemilik kilang telah gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Sebanyak 661 unit produk kacang yang menggunakan logo halal yang tidak sah dan dokumen berkaitan telah disita dengan keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM5,355.90,“ katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes akan disiasat dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi kesalahan menggunakan logo halal tanpa pengesahan Jakim. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak rampas 913 aksesori telefon bimbit tiruan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI