Polis mohon reman Namewee bantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon perintah reman terhadap pengarah filem dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di ibu negara, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan perkara itu berkata: “Untuk makluman, Namewee akan direman pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan,”.

Terdahulu, media melaporkan Namewee menyerah diri di IPD Dang Wangi malam tadi selepas pulang dari Johor Bahru.

Melalui hantaran di Facebook miliknya, Namewee memaklumkan bahawa beliau hadir ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan serta memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

“Sekarang saya sudah sampai di ibu pejabat polis, seterusnya saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya.

“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.

Semalam, polis memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun itu, termasuk kemungkinan menahan Namewee yang dipercayai individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum kejadian.

Mangsa ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada 22 Oktober lalu.

Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan memastikan tiada unsur jenayah terlibat dalam kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI