IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegaskan bahawa integriti perlu dipupuk melalui pendidikan berterusan, bermula di rumah, disuburkan di sekolah, diperkukuh oleh masyarakat, serta diinspirasikan oleh kepimpinan yang berwibawa dan berakhlak mulia.
Titah baginda, ibu bapa memainkan peranan utama menyemai benih integriti dalam diri anak-anak kerana rumah merupakan madrasah pertama bagi setiap insan. -MGPerak





