IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap gejala sosial yang semakin membarah dalam kalangan pelajar apabila sekolah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat kini terdedah kepada pelbagai ancaman.
Baginda bertitah, apabila amanah dikhianati dan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negara, maka hilanglah benteng. Justeru, pembinaan jati diri dalam kalangan anak-anak di sekolah serta pelajar di pusat pengajian perlu diutamakan. -MGPerak





