Masalah kewangan, dadah punca keganasan rumah tangga – Exco Perak

IPOH – Tekanan yang dihadapi akibat masalah kewangan dan penyalahgunaan dadah dikenal pasti sebagai antara punca utama yang mendorong keganasan rumah tangga terhadap isteri serta anak-anak di negeri Perak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kebanyakan kes keganasan berkenaan yang direkodkan juga melibatkan golongan berpendapatan rendah (B40).

Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin merasmikan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2025 di Mydin Meru Ipoh.
Turut sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 NOVEMBER 2025.

Katanya, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini juga, Perak merekodkan sebanyak 425 kes keganasan rumah tangga, dan ia menjadikannya sebagai negeri kedua tertinggi selepas Selangor.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan hanya 175 kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Dalam hal ini, saya tidak menafikan kes-kes yang berlaku namun peningkatan jumlah kes itu menunjukkan sikap prihatin orang ramai membuat laporan sekiranya mengesan berlaku keganasan dan penganiayaan terhadap wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2025 di Pasar Raya Mydin Meru, dekat sini, pada Selasa.

Keganasan rumah tangga di Perak Masalah kewangan, penyalahgunaan dadah, Exco Perak Datuk Salbiah Mohamed, Wanita Perak, Kes B40, Program Hentikan Keganasan Terhadap Wanita, Mydin Meru, BAIDURI, Aezer Zubin, Kesejahteraan keluarga, Statistik keganasan rumah tangga, Keluarga sejahtera, Perlindungan wanita
Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin bergambar bersama orang ramai pada majlis Perasmian Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2025 di Mydin Meru Ipoh.
Turut sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 NOVEMBER 2025.

Program dirasmikan isteri kepada Menteri Besar Perak merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Aezer Zubin itu turut dihadiri Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria.

Mengulas lanjut Salbiah berkata, masyarakat perlu mengubah tanggapan stigma ‘tidak menjaga tepi kain orang’ memandangkan kes yang dibiarkan berlarutan bakal membawa kemudaratan yang lebih besar termasuk mengancam nyawa.

Keganasan rumah tangga di Perak Masalah kewangan, penyalahgunaan dadah, Exco Perak Datuk Salbiah Mohamed, Wanita Perak, Kes B40, Program Hentikan Keganasan Terhadap Wanita, Mydin Meru, BAIDURI, Aezer Zubin, Kesejahteraan keluarga, Statistik keganasan rumah tangga, Keluarga sejahtera, Perlindungan wanita
Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin berswafoto bersama orang ramai pada majlis Perasmian Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2025 di Mydin Meru Ipoh.
Turut sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 NOVEMBER 2025.

“Pada masa ini, kita dapat melihat bahawa semakin banyak isu yang timbul dalam masyarakat apabila sikap keprihatinan jiran dan komuniti sekeliling semakin berkurangan.

“Apabila berlaku sesuatu kes jenayah, ada yang beranggapan ia bukan tanggungjawab mereka kerana tidak terlibat mahu secara langsung.

“Sedangkan ia merupakan masalah sosial yang memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat,” jelasnya.

Peserta wanita yang hadir pada majlis Perasmian Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2025 di Mydin Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 NOVEMBER 2025.

Tambah beliau, sekiranya sesebuah keluarga berdepan masalah, kesannya turut dirasai oleh anak-anak yang mungkin mengalami trauma sehingga boleh terbawa-bawa ke sekolah dan mempengaruhi hubungan sosial mereka.

“Apabila perkara ini berlaku, ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan pembangunan negara.

“Oleh itu, jika kes-kes seperti ini dibiarkan tanpa tindakan, tidak mustahil jumlahnya akan terus meningkat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

11 usul dibahas Persidangan Perundingan Wanita Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI