900 mangsa banjir ditempatkan di 16 PPS di Perak

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 900 orang daripada 290 buah keluarga setakat jam 8 pagi pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, sebanyak 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di empat daerah yang terjejas.

Menurutnya, empat daerah berkenaan adalah Perak Tengah, Manjung, Batang Padang serta Larut, Matang dan Selama.

“Daerah Perak Tengah merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 433 mangsa yang ditempatkan di empat PPS.

“Manjung pula merupakan daerah paling banyak PPS dibuka iaitu 10 buah yang menempatkan 429 mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Daerah Batang Padang menempatkan tiga mangsa di sebuah PPS dan Daerah Larut Matang dan Selama pula menempatkan 36 mangsa di sebuah PPS.

Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan sama memaklumkan paras air sungai di dua empangan melepasi tahap bahaya.

“Sungai Bidor di Changkat Jong dalam daerah Hulu Perak merekodkan paras 4.05 meter manakala Sungai Slim di Slim River berada pada paras 27.16 meter,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI