KPDN Perak rampas 22,700 produk kacang guna logo halal palsu

TAIPING – Sebuah kilang memproses dan membungkus pelbagai jenis produk kacang serta makanan ringan di sini didapati menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu dalam serbuan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan sekitar jam 11.45 pagi di Kawasan Perindustrian Tupai itu berjaya menghasilkan kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Perakuan dan Penandaan Halal) itu dilaksanakan pihaknya dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati kilang ini memproses kacang tanah dan makanan ringan yang dipercayai untuk edaran jualan di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di Perak.

“Pemeriksaan lanjut ke atas produk akhir telah menemui logo halal pada bungkusan produk kacang tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, pemilik perniagaan telah gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Sebanyak 22,700 unit produk kacang pelbagai jenama dan berat yang tertera logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan dan dokumen berkaitan telah disita dengan nilai keseluruhan berjumlah RM31,720,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa Jakim.

“Kes akan disiasat dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi kesalahan menggunakan logo halal tanpa pengesahan pihak berwibawa sama ada Jakim,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Guna logo halal tidak sah pada produk kacang, kilang makanan diserbu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI