MGPerak: MAIPk Sedia Salurkan Bantuan Pasca Banjir

33

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bersedia untuk menyalurkan bantuan sewajarnya khususnya dalam kalangan asnaf yang terjejas pada pasca banjir nanti.

Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Suhaimi Yusoff berkata, meskipun tiada peruntukan zakat yang dikhususkan untuk bencana berskala besar, namun pihaknya tetap menyediakan sejumlah bantuan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Katanya, pengagihan zakat terikat kepada kategori yang digariskan dalam al-Quran merangkumi fakir, miskin, mualaf, fisabilillah, ibnu sabil, serta gharimin atau orang yang berhutang. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini