Perak laksana 34 projek persiap sektor pelancongan hadapi TMM 2026

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menerusi beberapa agensi melaksanakan sebanyak 34 projek sebagai persediaan awal bagi menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, antara agensi yang terlibat termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT) , Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta agensi yang berkaitan.

Menurutnya, projek itu bagi memastikan kesiapsiagaan infrastruktur pelancongan negeri berada pada tahap yang baik, selesa dan selamat.

“Antaranya, termasuklah 11 Projek Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar di kawasan tumpuan pelancong dan tujuh Projek Naiktaraf Ikon-Ikon Pelancongan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri masing-masing bernilai RM1 juta.

“Selain itu, RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 16 Projek Pembangunan Kemudahan Pelancongan selaras dengan keperluan konsep Age Friendly City atau Bandar Mesra Warga Emas,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Loh turut memaklumkan, cabaran tahun hadapan dilihat lebih berat berbanding tahun 2024 dan 2025 bagi sektor pelancongan.

“Sasaran kedatangan pelancong pada tahun 2026 sebanyak 10.5 juta pelancong domestik dan 1.1 juta pelancong antarabangsa merupakan angka yang realistik berdasarkan trend kedatangan pelancong pada tahun 2024 dan 2025,“ jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada pembentangan Belanjawan Perak 2026 memaklumkan sebanyak RM18.67 juta diperuntukkan bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan sempena dengan kempen TMM 2026. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tahun Melawat Malaysia 2026: Perak salur lebih RM18 juta untuk sektor pelancongan

Pelancongan di Perak turut beri tumpuan segmen mesra warga emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI