Polis neutralkan bagasi mencurigakan di ICQS Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR – Polis telah melakukan proses meneutralkan sebuah bagasi yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan Imigresen/Kastam Blok B, di Bangunan Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata bagasi berwarna merah jambu itu ditemukan kira-kira 5.55 petang selepas mendapati tiada sesiapa menuntut bagasi berkenaan.

“Beg itu kemudian dibawa ke mesin pengimbas untuk diimbas. Selepas imbasan dilakukan, pihak kastam mendapati imej terbabit mengandungi bahan disyaki dadah dan letupan.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah tiba ke lokasi kejadian pada 8.45 malam bagi melakukan proses meneutralkan bagasi itu, selepas menilai risiko yang ada di sekeliling kawasan bangunan dengan mengutamakan keselamatan nyawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Radzi berkata Kompleks ICQS juga ditutup dari 9.30 hingga 11.30 malam unit pemusnah bom IPK Kedah menjalankan proses berkenaan.

“Bagasi itu berjaya dibuka pada 11 malam dan didapati tiada unsur bahan letupan ditemukan. Hasil pemeriksaan hanya menemukan baju, minyak di dalam bekas, pengering rambut warna hitam, syampu dan losyen,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI