PERHEBAT giat laksana Kerjaya Kedua Perwira

LUMUT – Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) giat melaksanakan inisiatif Kerjaya Kedua Perwira bagi meluaskan akses latihan industri berkualiti serta peluang kerjaya kepada bakal pesara dan vateran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu kenyataan, PERHEBAT berkata, inisiatif strategik yang menghubungkan agensi awam dan syarikat swasta sebagai usaha memperkasa peralihan kerjaya melalui pembangunan kompetensi dan padanan kerja yang relevan.

Katanya, dalam usaha itu PERHEBAT berkolaborasi dengan lebih 62 syarikat termasuk Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam pelbagai industri.

Jelasnya, ia seperti seperti industri MRO atau penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, pembuatan, pengangkutan, perkhidmatan, teknologi hijau dan marin, telekomunikasi serta agromakanan.

“Warga industri turut mempunyai peranan dan tanggungjawab moral dengan membuka peluang pekerjaan dan kerjaya yang bermakna kepada perwira negara yang berjasa mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air yang kita nikmati hari ini.

“Bakal-bakal pesara turut digesa agar tidak berehat terlalu lama selepas fasa peralihan dan merebut peluang yang ada untuk mendapat pekerjaan yang berkualiti selepas persaraan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kerjaya Kedua Perwira PERHEBAT PERHEBAT Pelan Transformasi 2026-2035 latihan peralihan ATM peluang kerjaya veteran ATM program RPEL PERHEBAT Latihan Peralihan ATM Kementerian Pertahanan Malaysia
Sekitar Majlis Penyampaian Sijil kepada pelatih yang bakal tamat Latihan Peralihan PERHEBAT yang dirasmikan Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari, di Pangkalan TLDM Lumut. Foto PERHEBAT

Tambahnya lagi, Kerjaya Kedua Perwira adalah inisiatif di bawah Pelan Transformasi PERHEBAT 2026 – 2035 yang bermatlamat untuk membangunkan bakal pesara dan veteran sebagai penggerak ekonomi dan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Ujarnya lagi, pelan transformasi itu merupakan usaha strategik Kementerian Pertahanan melalui PERHEBAT dalam meningkatkan kemahiran, meluaskan peluang pekerjaan serta menggalakkan keusahawanan berimpak tinggi untuk manfaat kumpulan sasar.

Sekitar Majlis Penyampaian Sijil kepada pelatih yang bakal tamat Latihan Peralihan PERHEBAT yang dirasmikan Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari, di Pangkalan TLDM Lumut. Foto PERHEBAT

“Inisiatif yang dipacu sektor swasta ini berupaya meluaskan akses serta pilihan kepada veteran untuk menceburi industri yang memberi nilai pendapatan tinggi seiring dengan pengalaman dan kepakaran mereka.

“Maka, veteran perlu keluar dari takuk yang lama dan bangkit menjadi pencipta-pencipta nilai yang baharu di dalam pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Menurut PERHEBAT, Pelan Transformasi PERHEBAT merupakan pelan jangka panjang selama 10 tahun yang dirangka khusus untuk memperkasakan sosioekonomi dan kesejahteraan bakal pesara serta veteran secara holistik dan mampan.

Jelasnya, ia bermatlamat untuk terus membangunkan bakal pesara dan veteran sebagai penggerak ekonomi dan tenaga kerja berkualiti tinggi menerusi tiga fasa dan empat teras strategi.

Sekitar Majlis Penyampaian Sijil kepada pelatih yang bakal tamat Latihan Peralihan PERHEBAT yang dirasmikan Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari, di Pangkalan TLDM Lumut. Foto PERHEBAT

“Tiga fasa tersebut terdiri daripada fasa pertama, Pembangunan Kapasiti dan Pengukuhan Dasar; Pengkomersialan dan Pemerkasaan Industri Nilai Tinggi (fasa kedua) serta Keunggulan & Kelestarian PERHEBAT (fasa ketiga).

“Manakala empat teras strategi pula adalah, Lonjakan Pasaran Kerjaya; Pembangunan Ekonomi Komuniti Mampan; Pengembangan Akses dan Digitalisasi serta Pemerkasaan Dasar, Governan dan Profesionalisme,” katanya.

Dalam perkembangan sama PERHEBAT berkata, seramai 2,867 anggota ATM direkodkan menamatkan Latihan Peralihan di seluruh Malaysia bersempena dengan Sempena Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil PERHEBAT.

“Selanjutnya, seramai 576 anggota dan veteran ATM berjaya dianugerahkan DKM menerusi Program Recognition Of Prior Experiential Learning (RPEL).

“Matlamat ini termasuklah usaha membantu anggota ATM yang bakal bersara mempersiapkan diri dengan latihan, pendedahan serta kemahiran yang sesuai untuk menghadapi dunia pekerjaan pasca perkhidmatan,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dulu tentera kini saudagar rempah masak hitam Lenggong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI