Kerajaan peruntuk RM190 juta laksana 13 projek khas perumahan nelayan

LUMUT – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM190 juta bagi melaksanakan 13 Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di seluruh negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, antara negeri yang terlibat termasuklah Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, ada antara negeri yang menerima peruntukan hampir RM20 juta untuk menjalankan projek perumahan tersebut.

“Memang masih ada projek dalam senarai menunggu, tapi ada projek yang telah siap. Lapan projek telah siap manakala lima dalam proses pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) Pulau Pangkor Fasa Ke-2 di Arena Terbuka Teluk Gedung, di sini pada Khamis.

Kerajaan peruntuk RM190 laksana 13 projek khas perumahan nelayan
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Muhammad Faiz Fadzil pada sidang media selepas majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) Pulau Pangkor Fasa Ke-2 di Arena Terbuka Teluk Gedung, Pulau Pangkor. di Foto ABDULLAH YUSOF, 11 DISEMBER 2025.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Faiz berkata, projek perumahan tersebut turut dilaksanakan di Teluk Baharu dan Pasir Bogak di Pulau Pangkor.

“Keseluruhan projek perumahan di Pangkor ini melibatkan kos lebih RM24 juta dan ini adalah usaha kerajaan Persekutuan untuk membantu nelayan.

“Ini kerana kita sedar nelayan adalah golongan rentan yang memerlukan pembelaan, mereka ke laut untuk pastikan bekalan ikan yang cukup dan terjamin bagi rakyat Malaysia,“ ujarnya.

Pelaksanaan PSN adalah kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), LKIM dengan kerajaan negeri bertujuan membangunkan penempatan semula nelayan dengan prasarana asas yang selesa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

LKIM jamin bekalan ikan untuk Tahun Baharu Cina cukup

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI