Rumah hampir musnah dalam kebakaran di Tapah

TAPAH – Sebuah rumah di Jalan Seri Damai, dekat sini hampir musnah keseluruhan dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima pada jam 4.46 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba Tapah bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba yang tiba bertindak memadamkan api dan kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

JBPM mengesahkan rumah tersebut mengalami kemusnahan kira-kira 90 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Operasi melibatkan seramai 9 anggota bomba dengan kekuatan 1 jentera FRT dan 1 unit EMRS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI