1,008 haiwan dimandulkan, kerajaan negeri tingkat peruntukan Perak Pawsitive Initiative

IPOH – Kerajaan Negeri Perak komited dalam menangani isu haiwan jalanan khususnya anjing dan kucing secara menyeluruh serta bagi jangka panjang menerusi pelbagai inisiatif berterusan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sebagai bukti komitmen tersebut, peruntukan bagi Perak Pawsitive Initiative pada tahun 2025 berjumlah RM150,000 dan ditingkatkan kepada RM300,000 pada tahun hadapan.

Menurutnya, sebanyak RM100,000 turut diperuntukkan khusus bagi pembinaan paun dan tempat perlindungan sebagai sokongan kepada pengurusan haiwan jalanan yang lebih sistematik.

“Sepanjang tahun ini, sebanyak lima sesi kempen pemandulan dengan sasaran asal untuk menjalankan pemandulan ke atas 1,000 ekor anjing dan kucing telah berjaya dicapai.

1,008 haiwan dimandulkan, kerajaan negeri tingkat peruntukan Perak Pawsitive Initiative
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika hadir ke Majlis Pelancaran Aplikasi Web Perak Pawsitive & Majlis Penutup Perak Pawsitive Initiative 2025 di Dewan Megastar Ipoh, Buntong, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2025.

“Akhirnya kita berjaya capai sasaran dengan menutup tahun 2025 dengan 1,008 ekor haiwan melalui kempen pemandulan bersubsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Aplikasi Web Perak Pawsitive dan Majlis Penutup Perak Pawsitive Initiative 2025 di Dewan Megastar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sandrea berkata kerajaan negeri telah menubuhkan platform Friends of Pawsitive bagi menghimpunkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama, dan kini diperluaskan dengan pendaftaran feeder.

“Kita faham selama ini di peringkat komuniti memang ramai yang ambil perhatian tentang nasib haiwan jalanan yang memberi makan tetapi daripada situ kita akan kumpulkan individu terlibat untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian yang kita gerakkan,” ujarnya.

Tambahnya melalui inisiatif Feeder Mapping, data sukarelawan feeder di kawasan terlibat akan dikumpulkan, bermula dengan kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

1,008 haiwan dimandulkan, kerajaan negeri tingkat peruntukan Perak Pawsitive Initiative
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika gimik pelancaran Aplikasi Web Perak Pawsitive & Majlis Penutup Perak Pawsitive Initiative 2025 di Dewan Megastar Ipoh, Buntong, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 DISEMBER 2025.

“Jadi melalui Feeder Mapping ini, kita akan kumpulkan data-data tentang sukarelawan feeder ini di kawasan.

“Usaha itu juga membolehkan kerajaan negeri mengumpul data haiwan jalanan secara lebih menyeluruh, bagi membantu mengurangkan isu yang pernah timbul sebelum ini seperti masalah kebersihan akibat pemberian makanan serta penangkapan haiwan berdasarkan aduan kacau ganggu yang dilakukan secara tidak bersasar.

“Penangkapan itu kurang dapat dibuat secara bersasar tetapi dia secara pukal, jadi itu antara isu yang kita harap boleh selesai dengan penyertaan dan penglibatan feeder,” ujarnya.

Sehubungan itu, Sandrea berkata kerajaan negeri telah melancarkan aplikasi Perak Pawsitive, iaitu sebuah aplikasi digital bagi mengumpul dan menyelaras data melibatkan Friends of Pawsitive, feeder dan MBI yang akan beroperasi bermula 1 Januari 2026. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tuanku Zara Salim berkenan rasmi Perak Pawsitive Initiative Daerah Kinta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI