Kerajaan Negeri Perak akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menggandakan usaha mempromosi ‘Pangkor Laut Festival 2026’ yang bakal dianjurkan hujung tahun ini.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, ia sebagai salah satu usaha kerajaan negeri melalui Tourism Perak dalam merancakkan pelancongan di pulau bebas cukai berkenaan.
Menurut beliau, acara tahunan itu bukan sahaja melibatkan penyertaan tempatan malah dari luar negera seperti Taiwan, Indonesia, Thailand dan lain-lain. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PangkorLautFestival2026 #TourismMalaysia





