RM700,000 naik taraf sistem pendingin hawa di Perpustakaan Tun Razak

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan kerja-kerja naik taraf sistem pendingin hawa di Perpustakaan Tun Razak di sini bermula Mac depan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung.

Menurut kenyataan MBI, sebanyak RM700,000 disediakan melalui peruntukan pembangunan MBI bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

“Skop kerja termasuklah naik taraf pendawaian elektrik, sistem pendingin hawa, serta kemudahan tandas.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini dijangka bermula pada Mac 2026 dan akan dilakukan secara berperingkat untuk memastikan operasi harian perpustakaan tidak terganggu.

“Selain itu, MBI juga giat menjalankan kerja-kerja pencucian air pancut secara berkala sebagai sebahagian daripada usaha penyelenggaraan berterusan bagi mengekalkan kebersihan dan keindahan persekitaran bandar,“ katanya.

Dalam pada itu, MBI menegaskan komitmennya untuk memastikan kemudahan awam dan infrastruktur bandar sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan warga bandar raya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Gerbang Malam bakal naik taraf, MBI mohon peruntukan RM3 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI