Cukai taksiran: MBI kutip lebih RM13 juta bayaran awal

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merekodkan 34,913 bil pembayaran awal Cukai Taksiran 2026 dengan jumlah kutipan keseluruhan mencecah RM13.83 juta, sehingga 14 Januari.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, pencapaian tersebut membuktikan tahap kesedaran serta komitmen tinggi penduduk bandar raya dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Katanya, justeru Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Bulanan yang dianjurkan MBI adalah sebagai inisiatif hebahan awal bagi menggalakkan warga kota membuat bayaran awal bil cukai taksiran, yang telah dibuka bermula November 2025.

cukai taksiran MBI Ipoh kutipan cukai taksiran Ipoh, bayaran awal cukai taksiran 2026, Majlis Bandaraya Ipoh, MBI kutip RM13 juta, cabutan bertuah cukai taksiran, Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah
Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah melancarkan majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2026 di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

“Sehubungan itu, cabutan bertuah bulanan ini terbuka kepada pembayar awal yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran setahun penuh tanpa sebarang tunggakan, bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Disember 2025.

“Program ini juga merupakan tanda penghargaan dan ucapan terima kasih pihak MBI kepada para pembayar awal yang sentiasa komited menunaikan tanggungjawab mereka demi pembangunan dan kesejahteraan Bandaraya Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2026 bagi Bulan November dan Disember 2025, di Bangunan MBI, dekat sini, pada Jumaat.

Menurut Zamakhshari, bagi edisi kali ini, MBI menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa dua buah motosikal skuter, masing-masing model AX200S dan Nova 160, dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM16,000, untuk dimenangi oleh dua pemenang.

Tambah beliau, kedua-dua pemenang berkenaan turut layak untuk menyertai Cabutan Bertuah Utama Cukai Taksiran Tahun 2026, yang dijadualkan berlangsung selepas tamat tempoh bayaran pada 28 Februari 2026.

cukai taksiran MBI Ipoh kutipan cukai taksiran Ipoh, bayaran awal cukai taksiran 2026, Majlis Bandaraya Ipoh, MBI kutip RM13 juta, cabutan bertuah cukai taksiran, Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah
Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah melancarkan majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2026 di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 16 JANUARI 2026.

Beliau berkata, peluang penyertaan cabutan bertuah itu dibuka melalui semua saluran pembayaran yang disediakan, termasuk di Kaunter Pembayaran MBI, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak, mesin kiosk serta kaedah pembayaran atas talian.

“Saya menyeru warga kota Ipoh yang masih belum menjelaskan bayaran cukai taksiran agar berbuat demikian dengan segera.

“Ini kerana peluang masih terbuka untuk memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah Utama Tahun 2026 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2026,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Cukai taksiran: MBI teliti kesemua bantahan awam

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI