Lelaki parah dilanggar MPV, motosikal musnah terbakar 90 peratus

TAPAH – Seorang lelaki parah selepas motosikal ditungganginya terbabas dan terbakar di bahu jalan selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 322.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan berhampiran di sini awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 1.27 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Gopeng digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya jentera bersama anggota di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandu lelaki berusia 61 tahun dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dinaiki lelaki berusia 34 tahun.

“Saksi kejadian memaklumkan bahawa MPV terbabit telah melanggar belakang motosikal itu sehingga menyebabkan ia terbabas dan terbakar 90 peratus di bahu jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian dagu, tangan dan kaki manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota bertindak membuat rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula bersumberkan air tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan.

Operasi tamat sepenuhnya jam 2.26 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki terselamat, trak pikap musnah terbakar selepas terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI