Pelancong wanita warga Taiwan lemas ketika aktiviti snorkeling

LUMUT – Seorang pelancong wanita warga Taiwan ditemukan lemas dipercayai ketika melakukan aktiviti selam atas permukaan (snorkeling) di Pulau Giam, dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berusia 72 tahun itu bersama suami, dua anak, beberapa pelancong lain, pemandu bot serta pemandu pelancong.

“Insiden itu disedari pemandu pelancong apabila terlihat mangsa dalam keadaan terlungkup dan tidak sedarkan diri di dalam air.

“Pemandu bot bertindak pantas terjun ke laut, membawa mangsa naik ke atas bot dan terus menuju ke darat bagi mendapatkan rawatan awal,“ katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan pagi esok bagi menentukan punca sebenar kematian,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas jatuh gaung 30 meter bersama motosikal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI