IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyerahkan dapatan kajian kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi berhubung cadangan pembinaan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, kertas kajian itu telah diserahkan kepada kementerian terbabit pada 2 Disember lalu supaya ia dapat dipertimbangkan bagi pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Katanya, cadangan pembinaan BBP kekal di lokasi berhampiran Jeti Awam Pulau Banding itu bagaimanapun perlu mengambil kira kepada pelbagai aspek termasuk kemampuan kewangan kerajaan. – MGPerak





