Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyatakan kesediaan untuk menyediakan segala keperluan di kesemua 1,781 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara susulan pengumuman kerajaan bahawa pendidikan prasekolah akan dimulakan pada usia lima tahun bermula tahun 2027.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, langkah penyelarasan pendidikan prasekolah itu merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan memastikan keseragaman serta kualiti pendidikan awal kanak-kanak di tabika berkenaan di seluruh negara. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #pendidikanprasekolah





