MGPerak: Perak Larang Kenakan Caj 20 Sen Beg Plastik Bermula 1 Mac – Exco

116

Perak tidak akan membenarkan pengenaan sebarang caj bagi penyediaan beg plastik jinjit sekali guna atau pakai buang kepada pelanggan di semua premis perniagaan termasuk pasar raya bermula 1 Mac ini.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, ia susulan daripada keputusan kerajaan negeri yang menguatkuasakan larangan penyediaan beg berkenaan yang turut meliputi kawasan hutan simpan kekal, taman negeri dan kawasan pelancongan Geopark.

Katanya, sekiranya terdapat pelanggaran ketetapan itu, pihak pemilik premis boleh dikenakan tindakan tegas mengikut peraturan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #cajbegplastik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini