Kabinet putuskan kanak-kanak lima tahun wajib ikuti prasekolah – TPM

BAGAN DATUK – Jemaah Menteri pada Jumaat telah memutuskan kanak-kanak berusia lima tahun diwajibkan mengikuti prasekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, keputusan berkenaan di buat dalam Mesyuarat Kabinet.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah memutuskan bahawa prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan di mana anak-anak berumur lima tahun akan diwajibkan untuk menduduki kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah di bawah kementerian pendidikan.

“Manakala Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) khususnya Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan Tadika (Taman Didikan Kanak-Kanak). Begitu juga prasekolah perpaduan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyantuni pelajar daripada umur tiga hingga empat tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood Park, Hutan Melintang di sini, pada Ahad.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ahmad Zahid berkata, Jemaah Menteri juga telah memutuskan bahawa Kemas akan meneruskan kelas yang sedang berjalan mengikuti kurikulum sedia ada.

“Perlu ada penyelarasan dan juga pengubahsuaian supaya ada kesinambungan silibus ataupun mata pelajaran itu dengan tadika ataupun kelas prasekolah di sekolah kebangsaan untuk murid-murid yang berumur lima tahun ini,” katanya

Mengulas mengenai Pelan Pendidikan Malaysia, Ahmad Zahid berkata, ia merupakan sebuah pelan terkini yang disesuaikan dengan keperluan semasa dalam menyediakan pelajar berusia enam tahun untuk memasuki darjah satu. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI