IPOH – Selepas Tasik Cermin di sini, Majuperak Holdings Berhad (MHB) kini memperluaskan usaha pembangunan kawasan ekopelancongan ke salah satu aset pelancongan ikonik di Perak iaitu Tapak Ekopelancongan Gua Tempurung di Kampar pada tahun ini.
Inisiatif itu digerakkan melalui pemeteraian Perjanjian Konsesi selama 21 tahun antara anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) itu bersama Majlis Daerah Kampar (MDK) bagi pengurusan di kawasan seluas 32.19 hektar.
Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, pembangunan Tapak Ekopelancongan Gua Tempurung akan dilaksanakan secara seimbang dengan memastikan aspek khazanah geologi dan ekosistem di kawasan tersebut dipelihara. – MGPerak





