Bola sepak B-12: Bakal pamer aksi cilik tempatan, antarabangsa

IPOH – Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Jemputan Bawah 12 Tahun (B-12) edisi kedua anjuran Kelab Rekreasi Cina Perak (PCRC) menjadi platform bagi menghimpunkan bakat cilik dari dalam dan luar negara untuk mempertingkatkan mutu sukan bola sepak di peringkat akar umbi.

Presiden PCRC, Chan See Onn berkata, kejohanan kali ini turut ditaja Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd syarikat pengeluar dawai keluli terkenal di sini serta mendapat sokongan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

Menurutnya, sebanyak 10 pasukan akan berentap pada kejohanan yang berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 Februari depan di padang bola sepak PCRC di sini.

Bola sepak B-12: Bakal pamer aksi cilik tempatan, antarabangsa
Presiden Kelab Rekreasi Cina Perak (PCRC), Chan See Onn (kanan) ketika sesi bergambar pada sidang media Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa PCRC-WEI DAT Tahun 2026 di Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JANUARI 2026.

“Dua pasukan China iaitu Nan’an FC City dan QuanZhou FC dijangka akan memberikan saingan hebat kepada pasukan tempatan.

“Selain itu, pasukan gabungan negara Indonesia dan Filipina iaitu MyTISI International turut bersaing pada kejohanan tersebut.

“Pasukan lain yang turut bertanding dalam kejohanan itu adalah PCRC A; PCRC B; Ipoh Friday Club; Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Gladiator; Sitiawan Rangers FC dan Penang CRC,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di MSN Perak pada Jumaat.

Bola sepak B-12: Bakal pamer aksi cilik tempatan, antarabangsa
Presiden Kelab Rekreasi Cina Perak (PCRC), Chan See Onn ketika sidang media Kejohanan Jemputan Bola Sepak Antarabangsa PCRC-WEI DAT Tahun 2026 di Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JANUARI 2026.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pemain bola sepak muda dalam menghadapi pertandingan sebenar di peringkat tertinggi untuk bersaing dengan pemain di dari luar negara.

“Penganjuran kejohanan ini secara tidak langsung dapat membantu kita mengenal pasti bakat-bakat baharu dalam arena bola sepak.

“Pada masa sama, ia memberi ruang kepada pemain bola sepak di peringkat sekolah untuk mengumpul pengalaman serta beraksi bersama pasukan antarabangsa,” jelasnya.

Katanya, perasmian kejohanan itu dijangka akan disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PAFA rangka pelan pembangunan bola sepak bawah 18 tahun

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI