Pendidikan Hulu Perak diperkasa menerusi kelas rancangan khas TVET–STEM

GERIK – Daerah Hulu Perak terus diberi perhatian khusus dalam agenda memperkasa pendidikan di negeri ini.

Ia dilaksanakan menerusi beberapa inisiatif strategik melibatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta projek pendidikan luar bandar.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, sehubungan itu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II dipilih bagi melaksanakan kelas rancangan khas untuk TVET dan STEM di daerah tersebut.

Menurutnya, kelas berkenaan membuka ruang ilmu dan kemahiran murid dengan menyediakan peluang-peluang akademik dan latihan dalam kedua-dua bidang tersebut.

Tambahnya, program peluasan TVET dan STEM di  sekolah ini menawarkan Pakej Sains Tulen STEM A serta Pakej STEM C yang merangkumi Sains Sukan, Sains Komputer dan Sains Rumah Tangga. Selain itu, terdapat juga pakej sastera ikhtisas bagi memenuhi kepelbagaian minat dan kecenderungan murid.

“Di Hulu Perak ini, kita mengangkat projek khas untuk TVET dan STEM dengan menjadikan SMK Sultan Idris Shah II sebagai sekolah rancangan khas bagi kedua-dua bidang tersebut.

Pendidikan Hulu Perak diperkasa menerusi kelas rancangan khas TVET–STEM
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berucap pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 JANUARI 2026.

“Kita perlu bangkit dan memastikan pendidikan di negeri ini, khususnya di Hulu Perak, sebaik mungkin supaya setiap anak didik tidak terpinggir dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi serta meneroka kerjaya cemerlang untuk mengubah nasib dan ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan dan Perasmian Kelas Rancangan Khas TVET STEM di SMK Sultan Idris Shah II, di sini pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan mandat yang diberikan perlu direalisasikan sepenuhnya demi memenuhi harapan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Saya berharap mandat ini tidak disia-siakan kerana di Hulu Perak terdapat banyak program yang sedang dilaksanakan dan ia menjadi satu tanggungjawab besar untuk direalisasikan,” ujarnya yang memaklumkan sekolah berkenaan menerima RM200,000 daripada ICU Perak untuk pembangunan kelas berkenaan.

Pendidikan Hulu Perak diperkasa menerusi kelas rancangan khas TVET–STEM
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 JANUARI 2026.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam ucapannya Menteri Besar Perak menegaskan bahawa pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tidak seharusnya dipinggirkan, sebaliknya perlu diberi perhatian serius dalam bidang kemahiran TVET.

Katanya, bakat dan kemahiran seperti kebolehan melukis boleh diasah sehingga membolehkan seseorang menjadi seorang arkitek yang berjaya, walaupun tanpa melalui laluan universiti.

Beliau turut menekankan bahawa pensijilan kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mampu membuka peluang kerjaya dan membantu individu menjana pendapatan yang stabil, sekali gus meningkatkan taraf hidup diri serta keluarga.

“Kalau tak boleh pergi jauh untuk akademik, tolong beri perhatian kepada kemahiran, yang boleh melukis, kemahiran dia boleh jadi seorang arkitek yang baik.

“Tak dapat masuk universiti tak apa, tak masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) tak apa, ada subjek architecture di Kolej Komuniti Gerik, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran Mara di Lumut.

Pendidikan Hulu Perak diperkasa menerusi kelas rancangan khas TVET–STEM
Suasana sekitar Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan dan Perasmian Kelas Rancangan Khas TVET STEM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 JANUARI 2026.

“Dapat sijil arkitek, jadi seorang arkitek yang baik. Dia ada kelas satu, kelas dua, kelas tiga. Kita ada SKM Tahap 1, 2 dan 3.

“Apa yang penting dapat sijil dan kemahiran dan daripada sijil itu boleh membantu kita untuk menjana pendapatan,” jelasnya.

Kelas Rancangan Khas TVET–STEM yang diluncurkan hari ini selari dengan Dasar TVET Nasional, kerangka Perak Sejahtera 2030 dan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 (RPM 2026–2035) serta hasrat Saarani. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

TVET bertaraf dunia: Graduan PUO diiktiraf ACCA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI