MGPerak: Pesta ‘Laut Terbelah’ Pulau Pangkor

151

Bagaikan pesta apabila fenomena air laut surut di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada awal Februari setiap tahun menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara.

Fenomena itu menyebabkan keadaan laut seolah-olah kelihatan seperti terbelah sehingga membolehkan orang ramai menyeberang ke Pulau Giam dari Teluk Nipah dengan hanya berjalan kaki.

Dengan jarak kira-kira 400 meter dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam, pengunjung hanya perlu mengambil masa hingga 20 minit berjalan kaki bagi merasai pengalaman tersebut.

Sepanjang merentasi tebing pasir berkenaan, pengunjung turut berpeluang melihat dengan lebih dekat hidupan laut kecil seperti timun laut, batu karang, sotong dan sebagainya.

Lazimnya fenomena itu berlangsung selama dalam tempoh kira-kira satu jam dengan membabitkan tiga hari secara berturut-turut. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #lautterbelah #PulauGiam #Pulaupangkor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini