Terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Raya Ipoh, Kawasan Rekreasi dan Ekopelancongan ‘Jok Maduh D Kenang’ di Kampung Kenang, Jalong Tinggi dekat sini, menjadi salah satu tarikan pelancongan terbaharu di Perak.
Di samping suasana alam semula jadi, empat buah chalet dan enam pondok yang dibina daripada buluh, rotan serta anyaman daun bertam, menjanjikan pengalaman istimewa buat pengunjung yang mahu mencari ketenangan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #JokMaduhDKenang #masyarakatasli





