Wanita maut tersepit, kereta dinaiki terbabas

LENGGONG – Seorang wanita maut selepas tersepit dalam kenderaan yang terbabas berhampiran stesen minyak Petronas Lenggong di Jalan Baling – Kuala Kangsar, dekat sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 3.56 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong diatur gerak ke lokasi kejadian.

wanita maut tersepit Lenggong kereta terbabas Jalan Baling Kuala Kangsar, kemalangan Lenggong, Perodua Bezza, JBPM Perak, bomba Lenggong, kemalangan awal pagi, stesen minyak Petronas Lenggong
Pasukan bomba sedang membawa keluar mangsa tersepit dalam kereta jenis Perodua Bezza yang terbabas sendiri di Lenggong. Foto JBPM Perak

“Hasil siasatan awal mengesyaki kenderaan jenis Perodua Bezza terbabit yang dinaiki tiga wanita, seorang lelaki dan satu kanak-kanak perempuan telah hilang kawalan sebelum terbabas sendiri di lokasi kejadian.

“Seorang daripada tiga wanita terbabit didapati telah tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa-mangsa lain didapati hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Menurut beliau, pasukan bomba melaksanakan operasi penyelamatan dengan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa tersepit.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan ke pihak polis,” tambah beliau.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Nazli Mohd Shah itu tamat pada jam 5.03 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki terselamat, trak pikap musnah terbakar selepas terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI