MGPerak: Syarikat Pembekal Didenda RM45,000 Jual Diesel Kepada Pembeli Tiada Permit

72

IPOH – Sebuah syarikat pembekal diesel didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas kesalahan menjual diesel sebanyak 16,380 diesel kepada pembeli yang tidak mempunyai permit, tiga tahun lalu.

Hakim, Ainul Sharin Mohamad, menjatuhkan hukuman itu terhadap orang kena saman (OKS), Tan Chia Shern, 33, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah pada Selasa.

Berdasarkan pertuduhan, Tan sebagai pengarah syarikat didakwa menjual diesel sebanyak 16,380 liter kepada sebuah syarikat yang merupakan pembeli dan tidak mempunyai permit atau kelulusan bertulis yang sah oleh Pengawal Bekalan Malaysia. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini