Tahun Baharu Cina: Kerja pengorekan jalan di Ipoh henti sementara

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menghentikan sementara semua aktiviti kerja pengorekan bagi penyelenggaraan jalan dalam kawasan pentadbiran majlis itu sempena Sambutan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.

MBI dalam satu kenyataan memaklumkan, pemberhentian sementara kerja-kerja berkenaan akan berkuatkuasa selama sembilan hari bermula dari 14 Februari.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan orang awam sempena sambutan perayaan berkenaan.

“Pemberhentian sementara ini melibatkan semua kerja-kerja yang telah dikeluarkan permit pengorekan jalan dan akan berkuat kuasa dalam tempoh 14 Februari hingga 22 Februari.

“Arahan ini bertujuan untuk mengelakkan gangguan lalu lintas, mengurangkan risiko kemalangan, serta memastikan persekitaran bandar berada dalam keadaan kemas dan selamat sepanjang tempoh perayaan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kerja-kerja kecemasan yang perlu dilaksanakan, pihak berkaitan diminta untuk menghubungi Bahagian Pemajuan Jabatan Kerja Awam MBI di talian 05-208 3469,” katanya pada Jumaat.

Selain itu, MBI meminta semua pihak yang terlibat agar dapat memastikan tapak kerja berada dalam keadaan kemas, bersih dan teratur sebelum tempoh penangguhan kerja sementara bermula. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MBI terima RM20 Juta Dari KPKT Turap 400 Jalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI