‘Booth Prihatin’ Bazar Ramadan Medan Gopeng bantu golongan memerlukan

IPOH – Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Perak (PPKMP) mengambil inisiatif menyediakan ‘Booth Prihatin’ di Bazar Ramadan Medan Gopeng di sini, bagi membantu golongan yang memerlukan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, gerai tersebut menyediakan barangan keperluan asas secara percuma termasuk gula, tepung, minyak, makanan kering, kurma, bihun, susu dan teh.

“Orang awam yang memerlukan boleh tampil ke ‘Booth Prihatin’ untuk berurusan terus dengan urus setia,” katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Medan Gopeng di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sandrea berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meneruskan konsep ‘Bazar Ramadan Mesra Alam’ dengan mengetengahkan aktiviti Ekonomi Kitaran di semua bazar Ramadan sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, MBI mengalu-alukan penyertaan peniaga dan pengunjung bazar Ramadan dalam semua aktiviti mesra alam bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

‘Booth Prihatin’ di Bazar Ramadan Medan Gopeng bantu golongan memerlukan
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching pada sidang media ketika meninjau Bazar Ramadan Medan Gopeng, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 21 FEBRUARI 2026.

“Pengunjung digalakkan untuk membawa bekas sendiri ke bazar. Ini selaras dengan pengumuman oleh kerajaan negeri, di mana mulai bulan Mac terdapat larangan penggunaan beg plastik sekali guna di Perak.

“Walaupun pada masa ini pasar basah, pasar pagi, pasar malam dan premis makanan masih dikecualikan daripada larangan tersebut, namun kerajaan negeri menekankan kepentingan membina kesedaran serta amalan hidup yang mengurangkan penggunaan beg plastik sekali pakai.

“Penggunaan bahan alternatif, bekas makanan sendiri, serta kitar semula beg turut digalakkan,” ujarnya.

Beliau berkata, langkah ini bertujuan melancarkan sasaran bandar rendah karbon dan bandar pintar, seterusnya mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera 2030.

Sebanyak 24 lokasi bazar Ramadan MBI dibuka dengan 1,394 petak telah dilesenkan bagi tahun ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MB lawat Bazar Ramadan Pekarangan Stadium Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI