Dasar keluarga baharu pacu ketahanan sosial negara

KEUTUHAN institusi keluarga yang menjadi unit asas kepada pembentukan sesebuah negara kian teruji tatkala kini mendepani transisi era transformasi digital dan himpitan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Menyedari perkembangan itu, kerajaan meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) pada program Jelajah Sejahtera MADANI – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ipoh, baru-baru ini.

Peluncuran inisiatif ini boleh disifatkan sebagai satu langkah intervensi strategik kerajaan bagi memastikan tiada golongan rakyat yang terpinggir daripada jaringan keselamatan sosial.

Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) institusi keluarga Malaysia ketahanan sosial negara dasar keluarga Malaysia kos sara hidup keluarga Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026–2030 Malaysia negara tua 2033 kadar kelahiran Malaysia 1.7 anak Pelan Perak Sejahtera 2030 Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pembangunan modal insan Malaysia kesejahteraan keluarga dasar sosial kerajaan
Gambar hiasan. Kanak-kanak dengan pemantauan rapi orang dewasa menikmati pengalaman berada di laluan laut cetek ekoran berlaku fenomena air laut surut sehingga menimbulkan beting pasir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

DKKN digubal sebagai penambahbaikan kepada Dasar Keluarga Negara yang diwujudkan 16 tahun lalu dengan pendekatan yang lebih responsif, inklusif, berasaskan data dan berfokus kepada pelaksanaan.

Ia antara lain bermatlamat untuk memperkasakan peranan semua ahli keluarga sebagai tunjang keseimbangan institusi kekeluargaan bagi memastikan kestabilan sosial negara.

Di peringkat negeri, dasar Persekutuan itu dilihat menemui titik pertemuan yang harmoni dengan gagasan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bagi menterjemahkan konsep kesejahteraan secara menyeluruh.

Gambar hiasan. Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Bazar Kandang Kuda Ipoh (Ipoh Stables Market) yang menghimpunkan pelbagai gerai jualan makanan dan produk tempatan di Kelab Lumba Kuda Perak, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2026.

Ketika berucap pada majlis peluncuran tersebut, Saarani berkata, kekuatan sesebuah negara tidak boleh diukur melalui pertumbuhan ekonomi sahaja, sebaliknya ia bergantung kepada ketahanan institusi keluarga.

Menurut beliau, negara yang ekonominya berkembang tetapi institusi keluarganya rapuh sebenarnya sedang membina kemajuan yang sukar bertahan apabila diuji dengan dugaan.

“Kita boleh bercakap tentang angka pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Semua itu penting.

“Tetapi bagi rakyat biasa, yang lebih utama ialah bagaimana mereka mahu memastikan dapur terus berasap, anak-anak terus bersekolah dan keluarga dapat terus berteduh dengan selamat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Tambah Saarani, keluarga yang stabil akan melahirkan masyarakat yang harmoni, manakala keluarga yang tertekan akibat cabaran ekonomi boleh memberi impak kepada generasi muda.

“Apabila keluarga tertekan akibat kos sara hidup dan cabaran pekerjaan, kesannya bukan sahaja kepada kewangan, malah menjejaskan emosi, pelajaran anak-anak dan keyakinan mereka terhadap masa depan,” ujarnya.

Saarani berkata, justeru itu kerajaan negeri melihat DKKN sebagai ikhtiar yang bermakna kerana usaha memperkukuhkan institusi keluarga bukan suatu pilihan, sebaliknya ia adalah kemestian.

Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) institusi keluarga Malaysia ketahanan sosial negara dasar keluarga Malaysia kos sara hidup keluarga Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026–2030 Malaysia negara tua 2033 kadar kelahiran Malaysia 1.7 anak Pelan Perak Sejahtera 2030 Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pembangunan modal insan Malaysia kesejahteraan keluarga dasar sosial kerajaan
Gambar hiasan. Orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh, bagi membeli pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual untuk juadah berbuka puasa ketika tinjauan MalaysiaGazette. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2026.

Tambah beliau, dasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tersebut membawa mesej jelas bahawa nilai tanggungjawab, hormat dan ihsan harus terus diperkasa supaya rumah kekal menjadi tempat yang paling selamat bagi setiap insan.

“Perak Sejahtera 2030 bukan hanya pelan pembangunan fizikal, tetapi komitmen untuk memastikan kemajuan ekonomi berjalan seiring dengan kekuatan sosial dan kestabilan keluarga.

“Gagasan Malaysia MADANI dan Perak Sejahtera 2030 bergerak seiring; satu memandu arah nilai negara, sementara satu lagi memastikan pelaksanaannya benar-benar dirasai rakyat di peringkat negeri,” ujar Saarani.

Keluarga sebagai asas ketahanan negara

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan, DKKN digubal sebagai kerangka komprehensif yang mengambil kira keseluruhan kitaran hayat keluarga, iaitu daripada praperkahwinan hingga ke fasa warga emas.

Beliau berkata, Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026–2030 yang menyokong DKKN menetapkan peranan jelas kepada pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Menurut Nancy, DKKN digerakkan melalui lima teras strategik dengan mempunyai 16 strategi, tiga mekanisme pemudah cara, serta 43 tindakan bersepadu yang diselaraskan bagi memperkukuh institusi keluarga di Malaysia.

“Kadar kelahiran Malaysia kini berada pada tahap 1.7 anak, jauh di bawah paras penggantian, manakala negara dijangka mencapai status negara tua menjelang 2033.

“Perubahan struktur umur ini memberi implikasi besar kepada tenaga kerja masa hadapan, sistem sokongan antara generasi serta keupayaan negara mengekalkan daya tahan sosial dan ekonomi,” jelasnya.

Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) institusi keluarga Malaysia ketahanan sosial negara dasar keluarga Malaysia kos sara hidup keluarga Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026–2030 Malaysia negara tua 2033 kadar kelahiran Malaysia 1.7 anak Pelan Perak Sejahtera 2030 Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pembangunan modal insan Malaysia kesejahteraan keluarga dasar sosial kerajaan
Gambar hiasan. Pengunjung dari Kuala Lumpur, Sharifah Nur Syahirah Saed Badrulsham (dua, kiri), bersama keluarga tidak melepaskan peluang berjalan kaki menuju ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah pada jarak 400 meter ekoran berlaku fenomena air laut surut sehingga menimbulkan beting pasir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

Pelaksanaan DKKN dan penjajarannya dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 memberikan isyarat yang cukup jelas bahawa pembangunan modal insan serta elemen ihsan kini diletakkan di kedudukan paling atas dalam agenda pembinaan negara.

Justeru, kerangka dasar bersama pelan pembangunan negeri itu jika direalisasikan dengan sinergi yang baik antara negeri dan Persekutuan, ia berpotensi besar menjadi penanda aras kepada pengurusan krisis sosioekonomi yang ampuh.

Dalam erti kata lain, masa depan sesebuah negeri dan negara bukan sekadar ditentukan oleh angka pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi oleh kekuatan keluarga yang menjadi asas kepada seluruh struktur sosial. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jangan remehkan asas pendidikan keluarga – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI