Wanita warga emas OKU maut dalam kebakaran rumah

IPOH – Seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU) kategori bisu dan pekak ditemukan maut selepas rumah didiaminya musnah dalam kebakaran di Jalan Lahat di Simpang Pulai, di sini, pada Rabu.

Mangsa berusia 81 tahun itu ditemukan di bahagian ruang tamu, sementara seorang lagi lelaki dipercayai suami mangsa berusia 79 tahun berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.31 malam.

Menurutnya, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar hampir keseluruhan rumah pada kadar 90 peratus.

“Juga didapati terdapat seorang mangsa terperangkap dalam rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran rumah Simpang Pulai Warga emas OKU maut kebakaran Kebakaran Jalan Lahat Ipoh Bomba Perak Simpang Pulai Kebakaran rumah warga emas Ipoh kebakaran rumah Simpang Pulai warga emas maut kebakaran Ipoh kebakaran Jalan Lahat Ipoh JBPM Perak kebakaran rumah mangsa terperangkap kebakaran rumah kebakaran rumah Perak hari ini
Pasukan bomba sedang giat melakukan operasi pemadaman kebakaran di sebuah rumah di Jalan Lahat di Simpang Pulai, Ipoh. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan dua aliran sepanjang 500 kaki dengan tiga pancutan air serta satu aliran salur bantu mula daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran bagi memadam kebakaran.

“Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM bersama polis turut menjalankan siasatan di lokasi, manakala Unit Pengesan K9 turut dipanggil membantu operasi.

“Setelah selesai operasi pemadaman kebakaran dan penyiasatan, anggota bomba membantu menyerahkan mangsa yang maut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Komander Operasi, Amir Yacob itu tamat pada jam 1.01 pagi, sementara punca kebakaran masih dalam siasatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas maut dalam kebakaran rumah di Tambun

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI