MGPerak: Empat Dekad Memahat Warisan Miniatur

45

TATKALA rumah moden ketika ini didominasi oleh binaan konkrit dan struktur batu, keindahan seni bina rumah kayu tradisional Melayu di pelosok kampung seolah-olah hanya menjadi saksi bisu yang menanti masa untuk rebah ke bumi.

Namun, di celah-celah keriuhan dan kesibukan Pasar Besar Ipoh, terdapat sebuah galeri yang menggerakkan usaha merekod sebuah khazanah Melayu yang kian hanyut dibawa arus pemodenan dalam bentuk miniatur.

Di bawah cahaya lampu kalimantang, Saari Ali, 71, mengabdikan lebih empat dekad hidupnya bagi menghasilkan replika rumah tradisional Melayu, khususnya dari negeri Perak buat tatapan generasi masa kini di Galeri Tisha. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini