PCSH dengan kerjasama Bomba Perak edar 2,000 bubur lambuk percuma

IPOH – Perak Community Specialist Hospital (PCSH) meneruskan tradisi tahunan dengan mengedarkan 2,000 bubur lambuk secara percuma sempena program Semarak Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif PCSH, Nicholas Chan berkata, tahun ini program tersebut menampilkan kelainan kerana buat julung kalinya ia diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Menurutnya, bubur lambuk tersebut diagihkan kepada orang ramai, petugas barisan hadapan serta agensi-agensi sekitar di Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.

“Inisiatif ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berkhidmat kepada masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan perkongsian rezeki sepanjang bulan Ramadan.

“Keistimewaan program tahun ini ialah penyediaan bubur lambuk kambing sebagai hidangan utama di samping bubur lambuk ayam bagi memberi lebih pilihan kepada penerima.

“Bubur lambuk ini dimasak secara bergotong-royong oleh kakitangan PCSH bersama anggota bomba mencerminkan semangat kerjasama, perpaduan dan kesukarelawanan antara kedua-dua organisasi,” katanya.

PCSH dengan kerjasama Bomba Perak edar 2,000 bubur lambuk percuma
Perak Community Specialist Hospital (PCSH) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyediakan serta mengedarkan bubur lambuk percuma kepada orang awam di Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada Khamis. Foto PCSH

Beliau berkata, program seperti agihan bubur lambuk ini mencerminkan komitmen berterusan PCSH untuk menyumbang kembali kepada komuniti.

“Kami sentiasa bersama masyarakat bukan sahaja ketika mereka sakit tetapi juga dalam saat-saat kebersamaan dan kegembiraan seperti bulan Ramadan.

“Kerjasama dengan JBPM Perak menjadi simbol penghargaan kepada anggota barisan hadapan yang sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan Rakyat,” ujarnya.

Program penyediaan dan pengagihan bubur lambuk itu turut disertai Pengarah Bomba Perak, Datuk Sayani Saidon.

Sebelum ini, program edaran bubur lambuk telah menjadi sebahagian daripada tradisi tahunan PCSH melalui konsep pandu lalu di kawasan hospital. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anak yatim, asnaf gembira berbuka puasa di hotel, dapat duit raya

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI