MGPerak: Kerajaan Giat Pantau Situasi Banjir Di Sabah

41

BAGAN DATUK – Kerajaan terus giat menjalankan pemantauan situasi banjir di Sabah susulan peningkatan mangsa di beberapa daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah mangsa di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum ini menunjukkan pengurangan di Paitan, Kota Marudu dan Pitas, namun berlaku peningkatan di kawasan lain termasuk Beaufort dan Sipitang.

Menurutnya, agensi berkaitan sedang giat menyalurkan bantuan dan kebajikan kepada mangsa terjejas bagi memastikan keperluan mereka terus terjaga. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini