TELUK INTAN – Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam wanita dari Indonesia dan Bangladesh berumur antara 18 hingga 55 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pelbagai kesalahan di bawah akta Imigresen.
Kesemua tertuduh terdiri daripada 29 warga Indonesia termasuk enam wanita dan seorang lelaki warga Bangladesh.
Daripada jumlah tersebut 26 daripadanya mengaku bersalah manakala empat yang lain tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman. – MGPerak





