MGPerak: 40 Anak Yatim, Asnaf Terima Sumbangan Kelengkapan Raya

105

Keriangan terpancar pada wajah-wajah 40 anak yatim dan asnaf dari Yayasan Amanah an-Nur Maisarah, Chemor selepas menerima sumbangan serta diberi peluang memilih kelengkapan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut nanti.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Hospital Pakar KPJ Ipoh itu diadakan bagi memastikan anak-anak dalam golongan kurang bernasib baik tidak dipinggirkan dalam meraikan hari raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital, Badrul Hisyam Ibrahim berkata, penganjuran program kali keenam itu menyaksikan setiap daripada mereka menerima peruntukan sebanyak RM400 seorang dalam bentuk baucar untuk dibelanjakan di pasar raya AEON Kinta City. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #sumbanganHariRayaAidilfitri #anakyatimdanasnaf

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini