IPOH – Masjid dan surau di Perak disarankan supaya menyediakan makanan percuma secara harian bukan hanya secara bermusim bagi membantu golongan yang memerlukan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, inisiatif menyediakan makanan percuma secara harian untuk diagihkan kepada golongan memerlukan telah lama dilaksanakan oleh rumah ibadat bukan Islam.
Menurutnya, dengan keadaan semasa serta kenaikan harga barangan membuatkan bantuan makanan menjadi semakin penting, terutama bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). – MGPerak





