MGPerak: PRIM Kekal Tradisi Lebih Sedekad, Agih 7,000 Nasi Beriani Percuma

70

Persatuan India Muslim Perak (PRIM) meneruskan tradisi pengagihan nasi beriani ayam secara percuma pada setiap Ramadan yang diadakan sejak lebih sedekad lalu.

Pengerusinya, Mohamed Arib Aliah berkata, pada tahun ini sebanyak 7,000 bekas nasi beriani ayam diagihkan pada program yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Perak di sini pada Khamis.

Menurutnya, program itu pada peringkat awalnya diadakan di sekitar Masjid India Muslim Ipoh sebelum dipindahkan ke Masjid Negeri Perak selepas mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan masjid. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #PersatuanIndiaMuslimPerak #nasiberianipercuma

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini